Monday, April 25, 2011

Sepetang bersama sama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Semalam, 24 April 2011, kami di Yanbu berasa amat bertuah kerana telah datang tetamu dari jauh, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang bersama sama dengan Dr Ahmad Samsuri dan lain lain pengiringnya.

Tujuan utama kedatangan Tuan Guru adalah untuk mencari dana bagi menghadapi PRU 13 yang mana akan di adakan dalam masa terdekat ini. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk menyampaikan amanat serta informasi mengenai parti pimpinan beliau, yakni, PAS.

Alhamdullilah, ramai juga masyarakat Yanbu telah keluar untuk menyambut kedatangan beliau di samping untuk mendengar takzirah beliau dan juga untuk menyumbang apa yang termampu.

Maka Terimaaallllaaaahhhhhhhhhhhhhhhh ....................

Hadi 9
Haji Fadzil ... di antara tetamu yang hadir pada awal kedatangan Tuan Guru. Jadi pada sebelah petang , ada takzirah ringkas.

Hadi 7
Anak Haji Khuzz ... bersama sama rombongan Tuan Haji Abdul Hadi dari Madinah.

Hadi 6
Dr. Ahmad Samsuri MokhtarPolitical Secretary to The President katanya dalam kad nama dia ....

Hadi 5
Haji Hadi dalam berbagai pose .... pose keletihan adanya ... ialah ... perjalanan dari Dammam menuju Madinah kemudian langsung ke Yanbu dengan menaiki kereta .... kan penat tuh!

Hadi 1
Dalam pose tengah berfikir ...

Hj Abdul Hadi Hj Awang
Dan pose pose yang telah di mosaic ...

Takzirah petang Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang
Ini gambar sewaktu petang .... terima kasih kepada Pak Loh yang telah bersusah payah nak ambil gambar nih ....

Sepetang Bersama Tuan Guru
Ini sewaktu program di sebelah malamnya ..... Alhamdullilah, masyarakat Yanbu telah menyumbangkan dana yang agak lumyana juga, di dalam masa yg singkat.

No comments:

Post a Comment