Sunday, October 02, 2005

Thar Jath ... Dilupakan Jangan (Bahagian PERTAMA)

30hb September 2005 ... Management telah bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Tapak Pembinaan di Thar Jath untuk melihat sendiri akan perkembangan projek. Lawatan ini dijadualkan sebagai lawatan satu hari ajer .. bermakna semuanya akan balik hari. Jadi , aku pun tak ler prepare bawak apa apa dari Khartoum .... Kita merancang , tapi Allah menentukan segala galanya ....

Bila tiba time nak balik, ada pulak nama orang yang tertinggal .... so terpaksa lah aku menarik diri ... dan tinggal di Thar Jath ...

Inilah catitan aku di Thar Jath di dalam TIGA series .... Ini Series yang PERTAMA, series yang kedua dan ketiga akan menyusul kemudian .... so sudi sudilah mengikutinya dan membacanya ...

Inilah pesawat (15 seaters) yang membawa kami ke Thar Jath. Tapi gambar ni di ambil dulu lagi kat Airport Thar Jath.

Inilah THAR JATH Dari Udara ... bayangkan seluas luasnya kawasan yang Berair (swampy) !!! Macam mana tu? Perlu ker nak LEPAK kat DOME after work di sini??? Posted by Picasa

Morning in Thar Jath ... Ray Of Hope ... Promising a brighter day ahead ... Thar Jath terletak di Selatan Khartoum. Kawasan berpaya dan musim hujannya dari bulan 5 hingga 10.

Seri Pagi ... Morning Glory ... Tetapi versi Thar Jath ... Aku bagi nama ni sebab bila dah tengah hari , bunga di layu /kuncup! Mudah di dapati di sepanjang tebing jalan !


Berehat di celah celah Konkrit - Senyuman Manis tetap diberi walaupun keletihan bekerja. Gambar ini aku snap sewaktu kita orang pergi melihat progress kat kawasan tanks. Nampak aku hala camera kat dia orang, semuanya terus pose dan memberi senyuman manis!

Belalang ... Berjuta juta belalang datang menyerang!!! Macam macam jenis /species belalang yang tak pernah aku tengok ada kat sini!

Burung Bangau? Inilah di antara pelbagai species burung yang terdapat di Thar Jath. Aku tangkap gambar burung ni kat salah satu OGM pad ... Terasa macam gi National Geographic On Assignment lak bila datang ke Thar Jath ni.

Nyamuk, Belalang , Kumbang , Cengkerik dan pelbagai lagi serangga penuh di Thar Jath ... Bukan Satu, Bukan Dua , tapi berjuta juta!!! Malam hari kalau kita kuar dari bilik , macam kena serang ngan Nyamuk dan pelbagai serangga!!! Dia orang ni tak kesian dah .... hinggap terus ngappp!!! Dan kat sini jugak banyak kelip-kelip/api-api/fireflies! Tapi aku tak boleh nak ambik gambar sebab tak rela tubuhku di mamah dgn lahapnya oleh naymuk nyamuk tu!!! Ni pun , abis satu badan aku bintit bintit bekas gigitan nyamuk!!! Aku berdoa agar tak ler membawa mudarat. (Nyamuk di sini adalah membawa menyakit MALARIA!)

Teratai Putih? Tumbuh bebas / liar di tasik tasik di sepanjang perjalanan ... Ini memang betul betul WILDERNESS punya .... seronok tgk akan keindahan semula jadi ...

Sebab geram tgk bunga ni cantik, terpaksa suruh budak budak yang mandi tu ambik bunga ni untuk aku abadikan!!! By the way, aku jugak ada gambar budak budak tu, tapi aku rasa bersalah lak, sebab salah sorang dari bebudak tu bogel ... rasa malu lak nak postkan gambar tu kat sini ... hehhehehee

1 comment:

  1. Anonymous11:29 AM

    Menarik.....! Satu pendekatan cerita yg menarik bagi saya. Pendedahan mengenai kehidupan di Thar Jath yg selama ini menjadi satu TANDA SOAL dalam kepada saya. TQSM for sharing. Am gonna read more of your journals.

    ReplyDelete